Monday, March 14, 2016

Results UPSR & PSRA 2016 Kakak Balqis

Alhamdulillah results anakku yang sulung memuaskan. Walau hanya mendapat 4A 1B dan Mumtaz 91% sudah cukup membanggakan mama dan papa. Mama doakan anak anak mama semuanya cemerlang dunia akhirat...amin

Saturday, November 14, 2015

Hari Graduasi Abang Harris

Wah sekarang tadika pun dah ada hari convocation. Kellass gitu tadika Pasti!. Dewan yang digunakan pun besar juga sebab menggabungkan 10 buah Tadika Pasti Kota Raja. Alhamdulillah abang dapat habiskan pengajian dia di Tadika. Periksa kali ni abang dpt no 17 dgn peratus 75%. Walau begitu mama yakin satu hari nanti pasti Abang akan berjaya...insyaallah amin.. Mama doakan kejayaan abang harris dunia akhirat..amin Senarai pelajar Pasti Al Amanah Sg Kandis antara Rakan abang si irsyad pun ada Dengan si Alif anak mat kanna, bff abg juga ni

Sunday, November 8, 2015

lamanya tak menulis

Assalamualaikum lamanya mama tak menulis di blog kesayangan mama ni. Paling last post pasal mama bersalinkan Aqiel. Wah tu hampir 3 tahun tu. Walhal sebelum ni 8 bulan mama duduk rumah. Boleh je kalau nak update blog tapi memang terlupa sebenarnya mama ada blog ni. Hihi hari ni 9 November 2015, tetiba teringat nak belek2 blog ni dan tunjuk pada anak2 gambar2 dan memori lama mereka. Si kakak Balqis bole pulak kata. "Mama kelakarnya rambut kakak ni..mcm hapiz awan nano.." walhal cantik per rambut ikal mayang macam tu...susah nak buat tu..dlm perut je jadi . .hihi alamak bateri da drain..actually mama nak cite pasai Aqiel. Takpe esok lusa mama cite ye..ni ada sikit gambar kenangan kita masa 2015...

Tuesday, June 4, 2013

Assalamualaikum.... Okay da lama tak merapu dalam blog ni...agak2 ada yang baca ke...takpe..disiniaku nak share cara nak dapat duit dengan mudah tapi kena berusaha....insyaallah setiap hasil usaha kita dan bertawakal pasti ada hasilnya kan...gini...ikut step kat bawah ni...mudah.... Disini kita jalankan atau selesaikan tugasan yang diberikan oleh Employer . Tugasnya mudah sahaja , ambil masa 3-4 minit . Contohnya sekarang ni ada job, kene share gambar . Dah Share dan print screen . siap . 1. login Acc ( http://www.assignjobs.com/ ) 2. Lihat pada Worker Menu , dan tengok Available Jobs ( job yang ada) 3. Lihat pada Job Description , buat pada yang disuruh . Step by step . 3. Selepas siap , tekan apply , then masuk proof yang dia hendak , cthnya URL Link . 4. selepas selesai , job anda akan berstatus pending , ini employer akan cek , jika ada penipuan . lepas employer approve , earn akan masuk pada balance anda . haaa...apa lagi...jommm!!

Saturday, February 16, 2013

Lahirnya ke dunia "Aqiel Izz Putra" Alhamdulillah :)

Assalamualaikum... Eh ada ke yang baca blog ni? haha Alhamdulillah.. aku selamat melahirkan anak kami yang ke 4 pada 10 Januari 2013 tepat jam 6.54 pagi..pagi khamis yang berkaH di Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas, Klang.. Syukur padamu Ya Allah kerana mengurniakan anak-anak yang sempurna sifatnya.. Syukur doa dan hajat aku ingin bersalin normal dan ditemani oleh suamiku tertunai dengan izinNYA. Maklumlah si abang Aisy terpaksa bersalin secara caesarean. Cuak juga aku..takut kena potong juga. Sebab itulah due date sepatutnya 6hb Januari 2013..aku tak terus jumpa doktor..dan nasib baik kehamilan kali ini tiada masalah darah tinggi dan tiada masalah berat melampau. Jadi doktor suggest tunggu seminggu...kalau tak bersalin..cukup seminggu kena induce. Berkat doa aku, suami dan emak..alhamdulillah...normal. Sebenarnya aku kalau boleh nak tunggu sakit kontraksi kuat baru gi Hospital. Yelah takut kena potong huhu. Memang ada contraction tapi sumer tu false sign je. Bila malam je..macam ditarik-tarik perut aku ni. Tapi dia hilang...dalam beberapa hari tu...cuak juga...ini ke masanya? siap aku baca yassin untuk memudahkan aku bersalin..tapi tak juga bersalin. Akhirnya hari rabu 9hb Januari tu..ada keluar lendir berwarna coklat. Tapi taklah banyak mana dan kontraksi pun tiada. Tapi suami aku beria-ia suh aku gi check di Hospital Razif. Tapi aku kata.."nantila bang..belum sakit lagi ni"... Mak aku pun kata.."tunggu sakit la kak"...aku pun ikutkan taknak gi takut kena tahan lama.. Dah tu mak mertua siap call..."ehh pegi jela..da kuar lendir tu tanda la tu"..jadinya aku dengan acuh tak acuh...ye pergi juga. time tu angkut sume anak-anak..siap makan lagi kat restoran mamak sebelah tu...cam melengah-lengah je...haha so dalam kul 4 lebih tu...pegila check...rupanya bukaan da 2 cm..jadi doktor tak kasi aku baliklah. Nasib baik cik Eli datang temankan mak dan anak-anak aku...bebudak tu memula nak temankan aku tido kat spital. Tapi aku rasa baik diorang kat umah...sebab nanti adik Harris nak ikut mama gi labour camno? haha. Jadi malam rabu tu...aku sebenarnya tak sakit lagi...sakit sikit-sikit je...sambil ditemani papa suamiku sayang...tapi start kul 12 tu..baru aku rasa bebetul sakit..suh nurse check...rupanya baru 4 cm...oh ye ke...dan makin kuat makin kuat sampai tak bole tido aku dibuatnya.. jadi dalam pukul 4 pagi tu...aku tak tahan..aku call staff nurse..mintak penahan sakit..jadik kena cucukla punggung mama dengan morfin...aduh...baru lega...dapatlah aku tertido...dekat 2 jam juga la aku tertido... Dalam kul 6 pagi tu aku terbangun tido sebab rasa cam sakittt sangat..kejutkan papa tido..kata cam da time je ni...then papa kata.."papa gi solat subuh dulu ye...apa2hal tunggu papa tau" aku angguk je..da salam dan cium tangan papa...staff nurse datang...check bukaan rupanya da 7 cm.. dia kata.."ok puan jom kita gi labour" aku kata "tunggu jap bole tak suami saya tengah solat".."eh puan tak bole..kang terberanak kat sini" so..aku tanpa rela..ikut je ditolak dengan wheelchair.. nanti aku sambung la...nak mandikan baby dulu :)

Wednesday, January 18, 2012

kecewa ku disini...

Wah..title...menusuk kalbu...


fuhh...bersawang rasanya blog aku ni weiii...tak sempat la nak update...disebabkan kebz'an melampau...kesian blog aku ni..takpe insyaallah new year resolution ni aku nak update sikit-sikit...

okay, terus ke part 'kecewa' aku ni...camna aku tak kecewa..telah berhempas-pulas aku 'setia' 11 bulan tonggang-terbalik.. jumpa orang tu, jumpa orang ni...meeting sana...meeting sini..brainstorming sana..brainstorming sini...

tu blm lagi, home visit sinun..home visit sini..packing itu, packing ini, minit meeting la, analysis la..macam2 ada org kata...waaaa..dahsyat tau...tapi..ini balasan yang ku dapat?

benarlah ex-bos ku kata.."sherin, if lets say we didn't get paid accordingly, don't work too hard then, we just work like what they pay" fuh..mendalam tu...

sebenarnya, aku bukan kejar sgt benda tu, tapi sbg seorang pekerja, mendapat imbuhan aka bonus merupakan satu kesyukuran. Dalam erti kata lain...'rasa dihargai'. Kalau inilah 'cara' mereka 'menghargai' aku...so..enough is enough!

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Waktu entry ni ditaip, kita baru je berpuasa 3 hari. Alhamdulillah, kakak dan adik syira nampaknya berpuasa dan bersahur. Eh silap, syira dah ponteng semalam. Itupun da kul 5petang, dia call aku kat opis, kata "mama, adik tak nak puasa tau!" bole dia mintak izin, walhal kata papa, dia da minum dulu air sarsi tu sebelum call aku, huhu bertuah sungguh!

Nak dimarah pun tak bole, da tak tahan katanya,,sabar je la. Tapi alhamdulillah nampaknya ari ni, anak-anak dara aku tu berpuasa, mudah-mudahan la ye. Ni pun baru pukul 3.30 ptg, ada 3 jam lebih nak buka.


anak-anak daraku masa umur mereka 3-4 tahun, cute kan dgn rambutnya..


sekarang, lagi cute kan..kan...perasan mama ni..sapa lagi nak puji anak sendiri kan hehe..yg penting, cukup sempurna sifat syukur!

Oops nak kena mula masak ni...eh cop...awat mama nak masak, ari ni kan rabu...ooo tak keje ek...aha...aku MC da...malam tadi check kali ke 3 kat klinik panel, bandaran. Doktor kata aku bronchitis dan memang ada asthma. so, doktor bagi MC sehari. Itupun doctor suh datang malam ni if masih rasa xselesa suh amik nebulizer.


ubat yang kena telan..huhu banyak tul..

em..nampaknya batuk aku berlartutan dah 8 hari ni...moga-moga esok aku sembuh, so bole gi opis amin! Ramadhan kali ni amat mencabar,huhu